KISAH KAMIEY :D
11.26.2011 • 11:55 AM • 1 comments HEY ALLS (: Welcome to my blog , yaw ! Name : FATIN HAMIMI BINTI SAIFUL AMRI . Facebook : arie'es fatin saiful amri ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ سبحان الله الحمدُ لله لا إله إلا الله اللهُ أكبر اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم ﷲ INSYA ALLAH ﷲ I ♥ ALLAH Prophet Muhammad صلى الله عليه وسلم ~✿..Cinta itu ANUGERAH yang TERINDAH..✿~ ✿..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~ >>> Di sisi ada "dia", akan ku tetap menunggu sehingga SAAT itu menjelma, moga dipermudahkan urusan ini ya Allah.. Jika ingin BERCINTA..janganlah cinta pada KELEBIHANNYA, tetapi cintalah pada setiap KEKURANGAN yang ada pada dirinya kerana kekurangan itu yang MEMBEZAKAN dia dengan orang yang lain. ~✿..Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..✿~ ~✿..Bila hatiku tiba-tiba MERINDUI seorang mujahid..aku meletakkan sepenuh KEPERCAYAANKU padaNya..timbul rasa TIDAK LAYAK apabila memikirkan keadaan DIRI yang SERBA KEKURANGAN..Ya Allah, temukanlah aku dengan seorang suami ahli Syurga, saat aku merinduinya..lebih kuat aku BERMUNAJAT kepadaMu..lebih pantas aku MENINGKATKAN dan MEMPERBAIKI keperibadianku..Ya Allah, hanya Engkaulah PENYUSUN terbaik buatku…✿~ >>> Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah..aku SAYANG kamu kerana Allah.. ~✿..Menjadi mawar berduri itu LEBIH BAIK daripada bunga-bunga tidak berduri yang boleh DIPEGANG sembarangan..jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi, sayang tidak berduri..apabila tiada duri, tiada lagi BENTENG yang boleh melindungi KEINDAHAN si bunga daripada sewenang-wenangnya DIDEKATI sang kumbang..lantas, TERCEMARLAH keindahan dan MURAHLAH nilainya..✿~ Duri mawar itulah ditasbihkan dengan PERBATASAN AURAT, AKHLAK dan AL-HAYA'.. ~✿..Wanita solehah, apabila kamu MELIHATNYA..kamu merasa BAHAGIA dan apabila kamu menyuruhnya berbuat KEBAIKAN pasti dia akan TAAT dan apabila kamu TINGGALKANNYA dia pasti akan menjaga KEHORMATANNYA dan KEHORMATANMU..✿~ >>> Wanita solehah itu tidak perlu MURAH, tidak perlu juga MAHAL..tiada harga untuk memperdagangkannya..dia DINILAI di mata PENCIPTANYA dengan sebaik-baik PENILAIAN yang tidak pernah silap..mulalah daripada sekarang, bentuklah dirimu, dan hiasilah dengan AKHLAK seperti yang ditunjukan para isteri nabi..agar menjadi IMPIAN lelaki yang soleh dan dambaan SYURGA Ilahi.. AIR MATA ITU.. ~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ✿~ >>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK. ~✿..Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..✿~>>> Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..InsyaAllah.. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Berikut adalah 4 cara tidur, jadi ikutlah cara yang betul :- Tidur Para Nabi – Cara tidur para nabi adalah secara terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. Tidur Para Ulama & Ahli Ibadah – Mereka tidur secara miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk melakukan ibadah pada sebelah malam dan waktu dinihari. Tidur Para Raja Yang Haloba – Cara tidur miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. Tidur Cara Syaitan – Tidur secara menelungkup atau tiarap seperti tidurnya ahli neraka. Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu : Tidur ketika perlu tidur. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- BAHAYA TIDUR PAGI Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci. Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya. Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula. Menghambat datangnya rezeki. Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, sedikit solat, malas-malasan dan berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378) Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.(Zaadul Ma’ad, 4/222 ) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- [RELEASE TENSION ] Abu : Isk, banyak betol lemak ayam ni. Ali : Normal lah, ayam. Abu : Ayam ni dulu mesti tak rajin pegi exercise. Ali : ... Apa jenis lawak kau buat ni? Lawak spontan yang kawan serumah buat ketika memasak malam tadi berkaitan dengan bersenam. Ya, bersenam. Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan "apakah kepentingan bersenam?" pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Inilah jawapan-jawapan tipikal masyarakat pada soalan ini. 1. Untuk menyihatkan badan. 2. Untuk membakar lemak. 3. Untuk menguruskan badan. 4. Untuk menghilangkan stress. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- i) Pilih bulan kelahiran anda: Januari - Aku cinta Februari - Aku gigit Mac - Aku belasah April - Aku peluk Mei - Aku terhantuk Jun - Aku terkentut depan Julai - Aku menari dengan Ogos - Aku pergi dating dengan September - Aku lambai dekat Oktober - Aku muntah depan November - Aku jerit dekat Disember - Aku terlanggar ii) Pilih nombor hari jadi anda: 1 - Mak aku 2 - Komputer aku 3 - Liverpool 4 - Garfield 5 - Musuh dalam selimut aku 6 - Gangster 7 - Handphone aku 8 - Gerrard 9 - Driver Bas 10 - Semut 11- Kawan baik aku 12 - Polis 13 - Taik kucing 14 - Patung barbie 15 - Lee Chong Wei 16 - Mak Mertua aku 17 - Mak tiri aku 18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku 19 - Makcik kantin 20 - Sharifah Amani 21 - Upin dan Ipin 22 - Siti Nurhaliza 23 - Spongebob 24 - Cristiano Ronaldo 25 - Bapuk/Maknyah 26 - Kawan aku 27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia 28 - Jiran aku 29 - Orang gila 30 - Taylor swift 31 - Awek cun/ Jejaka tampan iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg: Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem Hitam - Sebab aku gila Pink - Sebab aku suka single Merah - Sebab mak aku suruh Biru - Sebab aku tak tahan Hijau - Sebab aku baik hati Ungu - Sebab aku cemburu Kelabu - Sebab bomoh suruh Kuning - Sebab suka hati aku la Oren - Sebab aku baru putus cinta Coklat - Sebab aku tak tentu arah Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat KONGSI JAWAPAN ANDA~ (buat ayat tau) ^_^ game ni sekadar gurau2 je.. ------------------------------------------------------------------------------------------------ Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, Tepuk biar ramai, sekolah ini mesti maju, Satu tak cukup eh, Dua tak cukup eh, Tiga tak cukup bagi dia semua ikut, ... Oh SUKSES, Hebat 3x Oh SUKSES, Hebat 3x Oh SUKSES, Hebat 3x SUKSES memang hebat, GOOOO SUKSES!!!! # Tibe-tibe teringat mase minggu orientasi form1 dulu . ------------------------------------------------------------------------------------------------ Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI. Bila jadi baik, ORANG MELUAT. Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM. Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH. APA LAA NAK JADI. NAK KIAMAT KOT?." Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA. ... Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN. Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS. Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR. Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONGsss GILERR' Ni la dunia sekarang,mulut org macam-macam.. Renung-renungkan la. :) ----------------------------------------------------------------------------------------------- Okayy , seperti yang korang nampak . Senang citew , die ni BOYFIE aku .Maybe bagi korang die ni tadew lha hebad mane pun , and tadew lha hendsome mane pun . Tapi bagi aku die ni CUTE . BHAHA ! Lupe naa kenal kan kat korang . Name : MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZAKARIA . Kadang2 ade jugak yang panggil die ni JENGLOT / SHORTER . Aku sayang die ni sanad2 . (JYEEEAAAHH~)Bufday die pulak pade 21 / 12 / 1995 . Da dekad da kann . ? Tarikh kiteorang pulak ? ! Hmm , 13 / 11 / 11 . Bawu agy kann . ? Moge kiteorang kekal lha kann . ? (doakan lha yerr) AKU YANG PETAME ? ! Buley caye kew ? Hmm , tapi maybe betul lha kutt agypun wat pew die ni na tipu pulakk kan . ? Okayy for you DIK YOUT SYAFIQZAKARIA ,tengs for everything . You've back my sunshine into my life . I'm so appreciate it . Thanks a lot ~ <3 PLEASE DON'T CHEAT ON ME . I HATE LIAR . ----------------------------------------------------------------------------------------------- ![]() ![]() ![]() ------------------------------------------------------------------------------------------- ![]() ---------> Who's this boy to ME ? HUHU , He is my beloved brother . HIS name is AHMAD ASHRAF BIN AHMAD PAUZI . He is born in 13 MARCH 1995 . He is a very kind and responsible boy . People called him as AMAD . I'll never forget 6 August 2011 . I'm very appreciate everything that he done in my life . Hopefully he will be happy ever after with his special one . I know the girl can make you happy , bro . Goodluck for next year , SPM candidate . KEEP IT IN TOUCH too , moge die bahagie nan plihan aty die . Aku sentiase doa kan yang tebaek untuk die . Siape kah agak nye gadis yang betuah itu ? HUHU . Tunggu dan lihat . Btw , aku sayang akak yang gambanye BAWAH abang kesayangan aku tuh . Akak tu baek , cantik , sopan santun . She's almost perfect gurl (: ---------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------------------------------------------------------------------------------------- Lastly , there's some the pictures of WHO I LOVE =.=' have a great time , readers . ! ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() -------------------------------------------------------------------------------- MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu" Mana Mak?' Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? -------------------------------------------------------------------------------------------------- ![]() ![]() ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PERGAULAN DAN PERSAHABATAN Islam tidak menyekat manusia untuk maju. Bermakna, Islam juga tidak menyekat manusia bertindak atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan mereka maju. Antara cara manusia maju adalah dengan bekerja, terlibat dengan bisnes, mendekati masyarakat dan sebagainya. Secara dasarnya, kedua-dua lelaki dan wanita tidak disekat untuk memajukan diri mereka dalam apa sahaja aspek yang mereka ceburi. Tidak ada istilah hanya lelaki boleh maju, wanita perlu duduk di rumah. Islam itu prinsipnya bukan menyekat, sebaliknya memberi saluran dan alternatif. Apabila manusia bergerak untuk maju, mereka akan bertemu dalam lapangan-lapangan tertentu. Seumpama kehidupan di kampus, kerja di pejabat mahupun turun memberi sumbangan pada masyarakat. Manusia yang bertemu ini, bukan hanya sesama jantina sebaliknya lelaki pasti akan bertemu wanita, dan wanita pula akan bertemu lelaki. Islam tidak menghalang perkara tersebut. Tidak haram lelaki bertemu wanita dalam satu-satu lapangan kerja, begitu juga wanita tidak haram bertemu lelaki. Mereka boleh berhubung, bergaul dan bekerja bersama-sama. Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul. Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan tadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat. Antara etika yang Islam tetapkan adalah menjaga pandangan. Dan bab menjaga pandangan ini cukup teliti dan panjang untuk diulas. Apa yang penting, tersirat satu hikmah besar di sebalik arahan Allah supaya lelaki jangan pandang wanita dan wanita jangan pandang lelaki. Habis tu, lelaki kena jalan pandang bawah je la? Bukan. Menundukkan pandangan maksudnya jangan pandang tanpa ada keperluan untuk pandang. Jangan pandang dengan nafsu. Jangan pandang dengan keinginan tertentu. Jangan pandang tempat-tempat tertentu. Jangan dan jangan ini, untuk kebaikan manusia sendiri. Apabila suka pandang, dari mata jatuhlah ke hati. Salah. Dari mata jatuhlah ke NAFSU. Timbullah keinginan-keinginan tertentu. Akhirnya bila bertemu jalan buntu, zinalah menjadi jalan keluar paling mudah. Itu baru satu etika. Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk patuh dalam pergaulan lelaki dan wanita. Antara lain : 1. Jangan berdua-duaan 2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah 3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan 4. Jangan bermain soal hati 5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina 6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’ 7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat 8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain ------------------------------------------------------------------------------------------------ PESAN MAMA =.=' Mama berpesan , jadilah anak yang dipandang mulia , Ingat pesan mama , jagalah maruah diri , jangan dikhianati amanah Tuhan , Ingat pesan mama , rambutmu adalah mahkota , jagalah ia , jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun - ubun . . Ingat pesan mama jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi , jangan disakiti hatinya . Ayahmu manja , cepat terasa , lagi - lagi pabila usia semakin tua .. Ingat pesan mama , dirimu wanita , banyak godaan , banyak cubaan . .Bila menjadi isteri orang , hormati suami , jaga kehormatan diri dan juga suami . . Ingat pesan mama , taati suami , jaga peribadi , jaga budi pekerti . . Ingat pesan mama , sambutlah suami pulang dengan senyuman , bukan muncungan mulutmu , pakailah penuh seri , bibir bergincu , badanmu sentiasa wangi … dandani dirimu , perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi . Ingat pesan mama , anak - anak adalah harta sampai mati .. didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi . . basahi lidah mereka dengan kalam suci … Ingat pesan mama , carilah ilmu sampai mati … ilmu duniawi dan ukhrawi … mama hanya mampu berpesan , mama bukan ilmuan … mama sayang kamu … emak tidak mahu kamu kekeringan . ---------------------------------------------------------------------------------------------- Just keep moving forward Never look back Yesterday is Experience Today is Experiment n Tomorrow is Expectation, ... So, use your Experience In your Experiment To achieve your Expectation.... THAT'S ALL AND THANKS TO ALL READERS . --------------------------------------------------------------------------------------- |
MY WORDS;
![]() BLOG ARCHIVE; |